Throwback pic twins pakai baju Upin Ipin pemberian Pak Ngah Abdul Malik Maliki. Masa ni umur mereka 8 bulan.
Tapi mereka ni kembar tidak seiras yang luarbiasa hihi. Semasa kehamilan terdapat 2 kantung 1 uri dipanggil kembar DCDA yang juga dikenali sebagai dichorionic diamniotic (DCDA) dimana setiap pembentukan janin mempunyai chorion, amnion dan kantung sendiri.
Oleh itu, dua plasenta terbentuk di mana setiap janin mempunyai plasenta tersendirinya atau satu plasenta yang telah tercantum. Maka terbentuklah kembar dizygotic / tidak seiras.
Jantina pula memang susah nak pastikan semasa tu. Maka kak G dan suami taknak berharap apa jantina mereka yang penting mereka ni selamat dalam kandungan.
Ada 3 potensi jantina untuk kehamilan DCDA ni iaitu :
- 50 % 1 lelaki 1 perempuan
- 25 % 2 lelaki
- 25 % 2 perempuan
- 50 % 1 lelaki 1 perempuan
- 25 % 2 lelaki
- 25 % 2 perempuan
Saje berkongsi info ni sebab ada juga yang tanya kak G apa tu kembar DCDA, gara-gara kak G selalu hashtag dcda bila kongsi cerita tentang ragam si kembar di Facebook. 😍